Semenyih: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan komitmen untuk tidak melindungi mana-mana pihak dalam siasatan kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menegaskan pihaknya sudah mengarahkan UTM memberi kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa siasatan yang turut membabitkan beberapa kementerian lain termasuk Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KPT tidak akan melindungi sesiapa sekiranya wujud unsur yang tidak baik dalam kejadian ini.
“Kita mahu siasatan dijalankan setelus-telusnya dan laporan lengkap akan disediakan segera,” katanya selepas melawat keluarga Allahyarham di kediaman, di sini, hari ini.-MyMetro Online