Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kuala Lumpur: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 20 kematian setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kematian melibatkan jemaah dari Johor iaitu Siti Meriam Shahbudin, 79, yang menghembuskan nafas terakhir di Hotel Mubarak, Makkah pagi tadi akibat serangan jantung.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, menerima segala amal ibadah haji dan menempatkannya dalam kalangan para solihin.

“Kepada waris serta ahli keluarga, semoga diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini. Al-Fatihah,” katanya, yang turut mengucapkan takziah menerusi hantaran di Facebook hari ini.-MyMetro Online