KOTA KINABALU, 21 Jun – 300 buah sekolah, serta 30 buah Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) disasar terlibat Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak KASIH, tahun ini.
Ia dijangka melibatkan 150,000 kanak-kanak dari seluruh negara.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, program berjaya meningkatkan kefahaman kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.
Ia dilaksana sebagai menyokong komitmen negara untuk melindungi kanak-kanak yang terdedah penderaan, pengabaian, eksploitasi dan sebarang bahaya.
Ia termasuk berkaitan isu buruh kanak-kanak dan tidak bernegara.
Tahun lalu, 337 buah sekolah, dengan penyertaan 317 termasuk 128 kanak-kanak terlibat dalam gerakan kebangsaan untuk perlindungan dan keselamatan kanak-kanak.-Berita RTM