Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Asia memerlukan rangka kewangan yang jelas dalam usaha memberi keyakinan kepada pelabur dan menggerakkan aliran modal yang lebih besar ke dalam projek tenaga boleh baharu di seluruh rantau ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ia penting memandangkan pada 2023, Asia Tenggara menarik hanya dua peratus daripada perbelanjaan tenaga bersih global, satu perbezaan yang ketara bagi rantau yang dikurniakan potensi besar dalam tenaga boleh baharu seperti angin di Vietnam, kuasa hidro di Laos, solar di Malaysia serta tenaga geoterma di Indonesia.

Menurutnya, di Malaysia, negara ini sedang berusaha untuk menangani jurang itu melalui dasar seperti Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS), yang membolehkan syarikat memperoleh tenaga bersih melalui grid nasional di bawah model akses pihak ketiga.

“Usaha juga sedang dijalankan untuk memberi insentif kepada pelaburan hijau melalui mekanisme seperti Skim Pembiayaan Teknologi Hijau,” katanya pada Persidangan Energy Asia 2025 di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS merangkap Pengerusi Energy Asia, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik dan Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Haitham Al Ghais.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, tonggak kritikal kedua yang perlu diberi perhatian dalam memajukan peralihan tenaga di rantau ini adalah menaik taraf grid elektrik.

Justeru, katanya, pada Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini, rantau ini mengambil langkah penting ke hadapan dengan mempercepatkan inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG) melalui memorandum perjanjian yang dipertingkatkan dan penubuhan rangkaian kemudahan pembiayaan APG khusus. 

Menurutnya, ia akan meningkatkan aliran pembiayaan rentas sempadan dan membawa rantau ini lebih dekat kepada pasaran tenaga serantau yang benar-benar bersepadu.

“Ia mendorong kepada kesalinghubungan melangkaui perdagangan atau diplomasi, meluas kepada tenaga, nadi ekonomi moden. 

“Di Malaysia, Tenaga Nasional Bhd komited RM43 bilion untuk menaik taraf infrastruktur grid negara, menggabungkan kecerdasan buatan (AI) dan sistem storan tenaga bateri untuk membina daya tahan dan fleksibiliti yang lebih besar untuk masa hadapan,” katanya.

Seterusnya, Anwar berkata, pelaburan mesti ditingkatkan dalam meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pelepasan dalam sistem tenaga sedia ada memandangkan bahan api fosil masih menyumbang hampir 80 peratus daripada bekalan global. 

Beliau berkata, memastikan akses sejagat kepada tenaga yang mampu milik dan boleh dipercayai bukan sekadar keperluan moral, ia juga adalah asas kepada peralihan tenaga yang adil. 

Justeru, katanya, keterjaminan tenaga, mesti melangkaui kestabilan bekalan dengan memasukkan keadilan sosial dan akses inklusif.

Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga meletakkan asas untuk laluan pragmatik melalui Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Penangkapan dan Penyimpanan Karbon ASEAN (CCS), bertujuan untuk memperkemas dasar dan memudahkan aliran modal dan karbon merentasi sempadan.

Beliau berkata, Malaysia sudah melaksanakannya dengan pada awal tahun ini telah meluluskan Rang Undang-undang Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 untuk menyediakan asas kawal selia bagi sektor yang sedang berkembang itu.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=2803648221&pi=t.aa~a.1654364369~i.32~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1750066696&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F06%2F1408655%2Frangka-kewangan-jelas-mampu-tarik-pelabur-projek-tenaga-boleh-baharu&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1750066708633&bpp=1&bdt=12182&idt=0&shv=r20250611&mjsv=m202506100101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D7e7beb057f09b06c%3AT%3D1750025358%3ART%3D1750066201%3AS%3DALNI_MYuFnu4O7vxACGuqA6PuN3VUQW9Kw&gpic=UID%3D0000112f73a7754b%3AT%3D1750025358%3ART%3D1750066201%3AS%3DALNI_MZxhOOMFKAKO-dZNzOiUDD595zcbg&eo_id_str=ID%3D06b34d829b4c52fa%3AT%3D1750025358%3ART%3D1750066201%3AS%3DAA-AfjZFqzBV4G8M3GEel9XPBjqf&prev_fmts=0x0%2C430x430&nras=3&correlator=6945891711658&frm=20&pv=1&u_tz=180&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=3176&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95333412%2C95353386%2C95362656%2C42533294%2C95344791%2C95362798%2C95359265%2C95362807%2C95363073&oid=2&pvsid=5540062021849215&tmod=1386433537&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=3&uci=a!3&btvi=2&fsb=1&dtd=1231

Katanya, PETRONAS mengetuai tanggungjawab dengan rancangan untuk membangunkan tiga hab CCS di perairan luar pesisir, bukan saja untuk sektor minyak dan gas, tetapi juga industri lain.

Menurutnya, usaha CCS Malaysia membabitkan lebih 10 rakan kongsi antarabangsa dari Jepun, Korea Selatan dan firma tenaga global seperti Total dan Shell.

Persidangan Energy Asia 2025 dari 16 hingga 18 Jun 2025 dengan tema ‘Delivering Asia’s Energy’ menghimpunkan lebih 180 penceramah berprofil tinggi dari seluruh dunia, di samping menarik kehadiran lebih 4,000 delegasi termasuk pembuat dasar, pemain industri dan profesional tenaga.

Ia menjadi pentas perbincangan strategik yang menghimpunkan pelbagai pandangan dan pendekatan berkaitan peralihan tenaga yang adil di Asia, di tengah-tengah landskap geopolitik dan ekonomi global yang semakin mencabar.-BH Online