Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT.

“Jadikan semangat pengorbanan ini terus menyatukan rakyat dalam keharmonian, kasih sayang dan nilai kemanusiaan sejagat,” titah Seri Paduka Baginda berdua.

Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan supaya jemaah haji Malaysia di tanah suci dapat mengerjakan ibadah dengan selamat dan dikurniakan haji mabrur.-Berita RTM