KUALA LUMPUR, 1 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada seluruh warga dan veteran TUDM.
Menerusi perkongsian di Facebook, Sultan Ibrahim selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen warga TUDM dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.
“Semoga TUDM terus maju, unggul dan disegani serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT dalam menjalankan amanah demi tanah air tercinta.
“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan para syuhada,” titah Baginda.-Berita RTM