Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Pengunaan teknologi harus selari dengan undang-undang bagi memastikan ekosistem digital yang mampan, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, perbincangan antara kerajaan dan semua pihak berkaitan penting bagi mempersiapkan jaringan undang-undang yang selari dengan penggunaan teknologi.

Katanya, perkara itu penting supaya penggunaan teknologi tidak bertentangan dengan undang-undang sedia ada.

“Kita perlu melihat kepada teknologi dan mengambil kira kemungkinan jika berlaku konflik dalam undang-undang.

“Jadi di Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO), kita mempunyai unit yang melihat perkara ini dan pihak berkaitan boleh berhubung dengan mereka jika menghadapi masalah ini,” katanya selepas Forum Ekonomi ASEAN-GCC 2025, di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa satu undang-undang baharu diperkenalkan bagi membolehkan kecerdasan buatan (AI) beroperasi secara bebas tanpa tertakluk kepada undang-undang negara.

Anwar berkata, walaupun undang-undang melindungi aspek kedaulatan sesebuah negara, penggubalan undang-undang baharu itu diperlukan bagi tujuan transformasi teknologi baharu.– BERNAMA