Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: ASEAN bersetuju bahawa sebarang keputusan berhubung tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) perlu berpandukan kepada persefahaman bersama antara negara blok serantau itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, sebarang keputusan yang dibuat tidak seharusnya mengorbankan mana-mana negara anggota.

“Mengenai tarif, ketika meneruskan rundingan dua hala, konsensusnya adalah perlu ada beberapa bentuk persefahaman dalam ASEAN dan sebarang keputusan tidak sepatutnya mengorbankan negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media penutup Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di sini, hari ini.-BH Online