KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar menegaskan Malaysia kekal menjadi negara yang bebas, berdaulat seterusnya akan bekerjasama dengan mana-mana negara luar demi kepentingan rakyat.
Perdana Menteri berkata, meskipun isu tarif membelenggu negara antarabangsa, namun Malaysia akan kekal bersahabat dengan Amerika Syarikat (AS) kerana negara itu adalah rakan dagang paling kukuh sekali gus memberikan pelaburan paling tinggi ke negara ini.
Bagaimanapun, Anwar berkata, negara akan tetap menangani masalah tarif terbabit dengan berunding bersama beberapa negara lain termasuk China, Korea dan Jepun bagi menyuarakan hasrat yang jelas mengenai isu berkenaan.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata demikian ketika ucapan Dasar Presiden KEADILAN sempena Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2024/2025, malam ini.-BH Online