Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu membina naratif baharu dalam menuju Pilihan Raya Umum (PRU) dengan menyentuh isu keresahan rakyat khususnya membabitkan aspek perumahan, pekerjaan dan masa depan anak muda.

Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata PRU bukan mengenai slogan kosong, tetapi naratif yang menyentuh hidup rakyat.

“BN perlu kembali sebagai kekuatan yang mampu memimpin dengan kestabilan dan dasar yang menyelesaikan isu berkenaan. 

“Kunci kejayaan adalah pemulihan kepercayaan, bukan hanya menambah undi,” katanya ketika berucap pada ‘Better Nation Forum Siri Empat: Apa yang boleh kita pelajari dari PRU Kanada, Singapura dan Australia

Setiausaha Agung BN yang juga Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjadi moderator bagi forum terbabit.

Pada masa sama, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, Malaysia memerlukan sebuah model politik pasca-polarisasi dengan mempelajarinya dari Australia dan Kanada. 

Beliau berkata, berdasarkan model politik itu, ia menunjukkan gabungan rentas parti boleh wujud jika dibina atas nilai bersama. 

“BN mesti jadi teras kestabilan nasional, bukan sekadar pencatur politik. Di Kanada pengajarannya ialah naratif ‘hope’ dan keterangkuman masih relevan jika disampaikan dengan jujur dan bersungguh. null

“Pengajaran dari Singapura adalah politik berdasarkan kecekapan dan penyampaian yang konsisten dan Australia ialah adaptasi kepada isu semasa dan suara masyarakat,” katanya. 

Ahmad Zahid berkata, BN juga memerlukan transformasi organisasi dan komunikasi membabitkan jentera politik yang moden dan dinamik dengan menggunakan data, ‘microtargetting’ dan komunikasi dua hala. 

Katanya, selain itu elemen politik intelektual dan bernilai juga penting kerana rakyat semakin celik dan mahukan politik yang berisi di mana pemimpin perlu jadi negarawan, bukan hanya ahli politik. 

“Forum yang diadakan bukan hanya untuk belajar dari luar, tetapi untuk bangunkan formula tempatan dengan semangat global. 

“BN harus terus meneladani hikmah, memperbaiki pendekatan, dan membina politik nilai,” katanya. -BH Online