PUTRAJAYA: Malaysia memberi tumpuan serta menetapkan komitmen tinggi terhadap bidang transformasi digital untuk menjadikan ASEAN sebagai hab digital yang kompetetif, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi ASEAN berkata, ini antara yang akan diumumkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bermula minggu ini.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=3919061902&pi=t.aa~a.1654364369~i.2~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1747899340&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1398942%2Fmalaysia-tumpu-jadikan-asean-hab-digital-kompetitif-anwar&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1747899341123&bpp=1&bdt=439&idt=1&shv=r20250520&mjsv=m202505190101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D75577cfc1c205797%3AT%3D1747806554%3ART%3D1747899329%3AS%3DALNI_MYJf3qnLTCAMbuiMzSPqcJmv4QOQQ&gpic=UID%3D000010cc31a17f2b%3AT%3D1747806554%3ART%3D1747899329%3AS%3DALNI_MYAkeO9yDX9v4oqPqCjw0hecQ_8PQ&eo_id_str=ID%3D37d7724c2b588410%3AT%3D1747806554%3ART%3D1747899329%3AS%3DAA-AfjZY3R2OPmSLqpkkEe6WkE1M&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=8149312028305&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=2&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=869&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95353386%2C31092578%2C95360959%2C31090956%2C95360294&oid=2&pvsid=767420456770684&tmod=1192632444&uas=3&nvt=1&ref=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fbisnes%2Fkorporat%2F2025%2F05%2F1398936%2Fpencipta-pendrive-sedia-pacu-malaysia-jadi-hab-reka-bentuk-ic&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=3&uci=a!3&btvi=1&fsb=1&dtd=4
“Minggu ini, apabila kita bertemu dengan pemimpin ASEAN, kemudian bersama-sama dengan GCC (Majlis Kerjasama Teluk) dan juga China. Teras jawatan Pengerusi ASEAN, sudah tentu (bidang) peralihan tenaga, kami sudah berjaya dengan Vietnam dan Singapura tahun ini.
“Namun, tumpuan kepengerusian kita ialah transformasi digital. Secara beransur-ansur pengumuman ini akan dilakukan. Ia akan mempamerkan bukan saja sikap dan komitmen kita, tetapi sesuatu yang kami boleh saksikan, bahawa negara jiran juga boleh berkongsi dan menyokong usaha ini.
“Kerana kita mahu ASEAN, di bawah Malaysia, ASEAN akan menjadi hub digital yang lebih kompetetif. Pada masa ini, Malaysia memperoleh reputasi itu, melalui kestabilan dan kejelasan dasar kita,” katanya dalam ucaptama pada Majlis Pelancaran MaiStorage Technology Sdn Bhd, hari ini.
Turut sama hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MaiStorage Sdn Bhd, KS Pua Khein Seng.
Sidang Kemuncak ASEAN bermula hari ini
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 bermula hari ini dengan mesyuarat peringkat pegawai kanan, diikuti mesyuarat peringkat menteri pada Ahad, diikuti mesyuarat peringkat ketua kerajaan akan berlangsung pada 26 Mei.
Mengulas lanjut Anwar berkata, biarpun negara sudah lama menceburi bidang digital dan sudah memperlihat kemajuannya, banyak lagi usaha perlu dilakukan dipelbagai sektor.
“Sebab itu dalam bicara tentang pelaburan itu, ekosistem harus bergerak bersama dengan kepantasan. Ini juga penekanan kepada Ketua Setiausaha Negara supaya penjawat awam turut serta melihat ini sebagai satu fokus harus diberikan oleh negara.
“Tentunya semua membicarakan soal digital. Transformasi digital tumpuan utama kita, selepas enam, tujuh dekad menceburi bidang ini, kita belum sampai tahap yang kehadapan, walaupun kita sekarang sudah mula dengan ‘packaging’, ‘design’ sudah ada tahap kemajuan,” katanya.
Kemunculan MaiStorage satu langkah yang mempercepat serta memberikan satu lonjakan sangat istimewa kepada negara khususnya dalam memperluas bidang kecerdasan buatan (AI).-BH Online