PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak hari ini menandatangani deklarasi yang menandakan persefahaman Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) untuk mengusahakan kegiatan minyak dan gas secara bersama mengikut lunas peruntukan undang-undang Persekutuan dan negeri Sarawak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata melalui pemeteraian deklarasi itu, kedua-dua peruntukan berkenaan akan dihormati dengan dua entiti dalam industri minyak terbabit akan bergerak bersama demi kepentingan bersama.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=3919061902&pi=t.aa~a.1654364369~i.2~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1747819596&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1398636%2Fkerajaan-persekutuan-sarawak-meterai-deklarasi-usahakan-minyak-dan&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1747819615688&bpp=2&bdt=1166&idt=2&shv=r20250519&mjsv=m202505130101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D75577cfc1c205797%3AT%3D1747806554%3ART%3D1747819230%3AS%3DALNI_MYJf3qnLTCAMbuiMzSPqcJmv4QOQQ&gpic=UID%3D000010cc31a17f2b%3AT%3D1747806554%3ART%3D1747819230%3AS%3DALNI_MYAkeO9yDX9v4oqPqCjw0hecQ_8PQ&eo_id_str=ID%3D37d7724c2b588410%3AT%3D1747806554%3ART%3D1747819230%3AS%3DAA-AfjZY3R2OPmSLqpkkEe6WkE1M&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=8209212209015&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=992&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95333410%2C95353386%2C31092584%2C95344787%2C95360960%2C31090956&oid=2&pvsid=3369697092015736&tmod=995628127&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=6&uci=a!6&btvi=1&fsb=1&dtd=4
“Alhamdulillah kita dapat selesaikan masalah yang timbul dan (menandatangani) deklarasi bersama yang akan membawa kepada persefahaman dan pendekatan bersama dengan Sarawak khasnya PETRONAS dan PETROS untuk mengusahakan (bersama) kegiatan minyak dan gas bagi kepentingan negara dan mengikut lunas peruntukan yang ada iaitu undang-undang Sarawak dan undang-undang Persekutuan.
“Kita akan hormati dua-dua peruntukan ini dan mereka akan bergerak bersama demi kepentingan negara dan Sarawak,” katanya pada Majlis Menandatangani Pernyataan Bersama dan Sidang Media Bersama Premier Sarawak di Pejabat Perdana Menteri (PMO) , di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Menteri Telekomunikasi dan Utiliti Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi dan Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan Petros), Datuk Ibrahim Baki.-BH Online