Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Sebanyak 142,535 atau 50 peratus daripada 285,568 kes kehilangan kad pengenalan sepanjang tempoh tahun lalu membabitkan belia berusia antara 15 hingga 30 tahun.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata angka itu amat membimbangkan kerana kad pengenalan adalah dokumen penting yang memberi pelbagai akses untuk urusan rasmi.

“Untuk golongan belia, daripada jumlah kes kehilangan kad pengenalan, lebih 136,000 kes adalah akibat kecuaian dan jumlah ini cukup besar.

“Jadi. golongan belia apabila mereka cuai akan terjadi risiko kecurian identiti dan penipuan, kedua menyebabkan kesulitan urusan rasmi, ketiga adalah kos (denda penggantian kad pengenalan baharu) dan masa penggantian serta akhir sekali mengakibatkan tekanan emosi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan kerjasama strategik bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini, hari ini.-BH Online