Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan kemalangan jalan raya membabitkan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak, pagi tadi.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau juga menyeru supaya bantuan sewajarnya disalurkan kepada mangsa dan ahli keluarga yang terlibat.
Beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga semua anggota FRU yang terkorban dalam nahas terbabit.
“Saya turut mendoakan agar kesemua yang cedera dalam insiden ini diberikan kesembuhan sesegera mungkin selain dipermudahkan segala urusan,” katanya.-MyMetro Online