Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, dengan pesawat khas pada jam 10.35 pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan menteri Kabinet negeri.

Anwar kemudian dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.

Selepas pertemuan itu, Anwar akan berlepas ke Tawau bagi merasmikan Majlis Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 peringkat negeri di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada jam 2 petang ini.

Di Tawau, Perdana Menteri turut dijadual melakukan Penyerahan Projek Siap Tamu Desa Sabah, Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Usahawan Sabah dan melancarkan Program Solar MADANI pada PMR 2025 peringkat negeri yang berlangsung selama tiga hari bermula kelmarin.

Selepas itu, Anwar dan Hajiji akan melakukan tinjauan mesra bagi melihat sendiri perkhidmatan disediakan agensi serta jabatan Persekutuan pada program berkenaan.– BERNAMA