Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUANTAN: Kerajaan Pahang bersedia melaksanakan pelan pembangunan berimpak tinggi di tujuh stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini hasil Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD), semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata perancangan itu memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam dalam lingkungan radius 15 kilometer dari setiap stesen ECRL.

Katanya, dengan adanya kemudahan itu dijangka memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat serta merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.

“Dengan pelaksanaan Projek Pemecut Ekonomi (EAP) dan pembangunan TOD secara strategik dan mampan, kerajaan negeri meletakkan sasaran menjadikan kawasan sekitar stesen ECRL sebagai pusat pertumbuhan baharu yang inklusif serta berdaya saing.

“Empat pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan Majlis Daerah

Maran (MDM) diberi tanggungjawab menjayakan perkara itu.

“Empat PBT ini akan merangka pelan tindakan pembangunan EAP dan TOD di kawasan masing-masing, dengan penekanan kepada manfaat nyata kepada penduduk tempatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Wan Rosdy berkata, komponen pembangunan yang dikenal pasti membabitkan pelbagai aspek seperti pembinaan Pangsapuri Pahangku, Inland Port, pusat pentadbiran dan pusat komersial.

Katanya, selain itu hotel dan kompleks perniagaan, pembangunan bercampur, institusi serta kemudahan masyarakat, utiliti dan infrastruktur perumahan dan sebagainya akan dibangunkan di situ.

“Antara cadangan projek spesifik yang diketengahkan PBT termasuk pembangunan semula Tasik Paya Bungor Eco Park di Gambang, peningkatan dan penjenamaan semula Gambang Water Park.

“Pembinaan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Paya Besar, penyediaan tapak Pusat Pengurusan Sisa Bersepadu, pembangunan maritim hab di Tanjung Gelang dan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan serta pembangunan Bandar Aeroangkasa.

“Selain itu, pembangunan Smart City di daerah Temerloh, cadangan Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) dan Loji Janakuasa Biogas di Maran serta cadangan Penubuhan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC).

“Pusat Pengumpulan Hasil Kelapa Sawit, Pertanian dan Sumber Mineral juga antara yang dicadangkan, selain pembangunan kawasan ekopelancongan di Hutan Simpan Paya Pasir, pembinaan Terminal Bersepadu Bentong serta pembangunan Gerai Berangkai Bentong,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri yakin pelaksanaan projek ini bukan saja akan memacu pertumbuhan ekonomi, malah akan mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup rakyat dan memperkukuh jaringan mobiliti serta akses perkhidmatan di kawasan luar bandar dan bandar.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=3931165298&pi=t.aa~a.1654364369~i.30~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1746587766&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1393095%2Fpahang-sedia-laksana-pelan-pembangunan-strategik-di-7-stesen-ecrl&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1746587767407&bpp=2&bdt=962&idt=2&shv=r20250505&mjsv=m202505050101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D7e1751bb204e937f%3AT%3D1746507636%3ART%3D1746587548%3AS%3DALNI_MZvnPejQz3OX5YlFXeyspHCDSZFJg&gpic=UID%3D000010b7e0d6566d%3AT%3D1746507636%3ART%3D1746587548%3AS%3DALNI_Mbcal1oAisYSUQj3jUU4OxiozQfqg&eo_id_str=ID%3D709f58fdbd9973b8%3AT%3D1746507636%3ART%3D1746587548%3AS%3DAA-AfjbcvDLFNLUuhD_Q4m4pNOrX&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=4979475490639&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=2505&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=31092114%2C95358862%2C95358864%2C95358621%2C95359240%2C31092248%2C42533294%2C95359114%2C95356797&oid=2&pvsid=5503111103830078&tmod=64441801&uas=3&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=6&uci=a!6&btvi=1&fsb=1&dtd=5

“Inisiatif menyeluruh ini satu langkah proaktif dan bersifat masa hadapan yang akan menyokong pembangunan Pahang secara holistik, seimbang serta mampan demi kemakmuran dan kesejahteraan semua,” katanya.-BH Online