KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menunggu hingga pembentangan Belanjawan 2026 untuk menyemak semula Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini, di sebalik cabaran pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata terdapat besar kemungkinan Malaysia tidak akan dapat mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi 4.5 hingga 5.5 peratus tahun ini.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=3919061902&pi=t.aa~a.1654364369~i.2~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1746446686&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1392550%2Ftarif-semakan-semula-kdnk-2025-dilakukan-segera-sebelum-belanjawan&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1746446688025&bpp=1&bdt=833&idt=1&shv=r20250430&mjsv=m202504290101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3De49288b7b6c6d7cb%3AT%3D1746446320%3ART%3D1746446320%3AS%3DALNI_MY-h3uNskMgzmq23zaMHwzDuuUVnA&gpic=UID%3D000010b7a43c625c%3AT%3D1746446320%3ART%3D1746446320%3AS%3DALNI_MatH2_dwlA6JyYTW16l4ZgOYYdGWw&eo_id_str=ID%3Dbff9e696ec8ed241%3AT%3D1746446320%3ART%3D1746446320%3AS%3DAA-Afjb7P-LtDhXsEnoVy_jetSR_&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=677257536839&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=903&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95358863%2C95358865%2C95331833%2C95354564%2C95358975%2C95359091%2C95359239%2C31092146%2C95359115%2C31092108%2C95356797&oid=2&pvsid=2472085129681772&tmod=834744980&uas=3&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=2&uci=a!2&btvi=1&fsb=1&dtd=161
Justeru, beliau berkata, Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan memantau serta menilai kesan tarif AS secara menyeluruh sebelum sebarang semakan semula KDNK 2025 diumumkan.
“Semakan semula (KDNK) akan dilaksanakan secepat mungkin tanpa perlu menunggu hingga Belanjawan 2026.
“BNM telah memberi jawapan kepada Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC). Data sudah ada tetapi berdasarkan tarif yang dikenakan kepada Malaysia.
“Oleh itu, BNM perlu sedikit masa dan mendapatkan lebih data. Buat masa sekarang belum ada data terkini,” katanya pada sesi penggulungan sidang khas berkenaan isu tarif AS, di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, semakan KDNK 2025 akan diumumkan apabila terdapat kepastian lebih tinggi terhadap dasar pentadbiran baharu AS dan hasil rundingan dua hala berhubung tarif balas AS.
“Bagaimanapun, ketidakpastian berhubung unjuran tidak akan menjejaskan maklum balas dasar kerajaan, kekal fleksibel dalam pelaksanaan dasar berkaitan fiskal.
“Kerajaan akan terus menangani situasi berkenaan secara bersasar, berpandukan data termasuk pemantauan rapi terhadap penunjuk makroekonomi, dan perkembangan dasar perdagangan antarabangsa, bagi memastikan kestabilan ekonomi serta perlindungan kepada kumpulan yang terjejas,” katanya.
Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada sesi penerangan Sidang Khas Dewan Rakyat berkata Malaysia berkemungkinan perlu menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebaik saja ada kejelasan mengenai hasil rundingan tarif dengan AS.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, wujud kemungkinan besar Malaysia tidak akan mencapai unjuran pertumbuhan KDNK yang pada asalnya diunjurkan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus seperti yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025.
Beliau menjelaskan MOF dan BNM sedang mengkaji impak tarif, serta akan menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK selepas terdapat lebih kepastian mengenai pelaksanaan dasar tarif pentadbiran Presiden Donald Trump serta hasil rundingan dengan AS.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, pelaksanaan termasuk langkah fiskal, subsidi bersasar RON95, peluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta e-Invois, akan diteruskan untuk mewujudkan ruang fiskal mencukupi pada masa hadapan.
“Kerajaan akan melaksanakan dasar yang telah ditetapkan secara berhemah
“Kita akan sentiasa memantau keadaan global dan menyesuaikan dasar sebelum ia dilaksanakan,” katanya.-BH Online