Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan transformasi kaedah saringan dan diagnostik penyakit paru-paru menerusi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) khususnya bagi pengesanan awal kanser paru-paru di bawah Inisiatif Kesihatan Paru-Paru 2025–2030.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata inisiatif itu adalah langkah komprehensif KKM dalam memperkukuh aspek pencegahan, saringan, rawatan serta kawalan penyakit berkaitan paru-paru.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=3919061902&pi=t.aa~a.1654364369~i.2~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1746341790&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1392052%2Fkkm-perkenal-saringan-penyakit-paru-paru-guna-ai&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1746341791689&bpp=1&bdt=995&idt=1&shv=r20250430&mjsv=m202504290101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D998e01b7fd9672a6%3AT%3D1746160892%3ART%3D1746341633%3AS%3DALNI_MYQCiTzbraNP9Jv6_xTEH14e0KGvA&gpic=UID%3D000010b640a07f70%3AT%3D1746160892%3ART%3D1746341633%3AS%3DALNI_MbPsBT1quo2_pitsXlIhGRSYa6fnQ&eo_id_str=ID%3D28b5e49900759e39%3AT%3D1746160892%3ART%3D1746341633%3AS%3DAA-AfjZUC5WcBUPtQojpARXxsPLF&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=3891584599521&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=912&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95358862%2C95358864%2C31091826%2C31092196%2C95358976%2C95359090%2C95359240%2C95352053%2C95359121%2C95356807&oid=2&pvsid=8834547681664930&tmod=728852663&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=2&uci=a!2&btvi=1&fsb=1&dtd=337

Menurutnya, antara pendekatan yang diperkenalkan ialah penggunaan X-ray dada yang dilengkapi teknologi AI untuk mengesan nodul pulmonari bagi diagnosis awal kanser paru-paru, selain turut mampu mengesan penyakit lain seperti Tuberkulosis (TB).

Katanya, kaedah saringan menggunakan X-ray berteknologi AI itu akan disediakan di fasiliti kesihatan primer, menawarkan kelebihan dari segi kos, akses yang mudah serta keupayaan mengesan penyakit dengan pantas dan ketepatan tinggi.

“Penyakit paru-paru di Malaysia merangkumi kedua-dua kategori iaitu penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit berjangkit,” katanya pada sesi taklimat media berkenaan Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan 2025–2030 di kementeriannya, hari ini.

Sebanyak tujuh fasiliti kesihatan dikenal pasti bagi pelaksanaan saringan kanser paru-paru ini, iaitu: Klinik Kesihatan (KK) Seberang Perai, Pulau Pinang; KK Kok Lanas, Kelantan; KK Beserah, Pahang; KK Luyang, Sabah; KK Kajang dan KK Batu 9 Cheras, Selangor dan KK Pendang, Kedah.

Antara penyakit paru-paru utama di Malaysia termasuk kanser paru-paru, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), asma serta jangkitan saluran pernafasan seperti pneumonia, TB, COVID-19 dan influenza.

Dzulkefly berkata, inisiatif ini turut memberi tumpuan kepada faktor risiko utama seperti tabiat merokok, pencemaran alam sekitar serta pendedahan kepada bahan berbahaya di tempat kerja.

“Inisiatif ini adalah pendekatan baharu dan menyeluruh kerana menggabungkan strategi kawalan terhadap penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, selain mengambil kira faktor risikonya,” katanya.

Jelasnya, pelaksanaan inisiatif itu juga akan membabitkan kerjasama pelbagai sektor termasuk agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi profesional bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan.

“Ia merangkumi aspek promosi dan pencegahan, saringan serta pengesanan awal, diagnosis, rawatan dan kawalan penyakit,” katanya.

Beliau berkata resolusi bagi Inisiatif Kesihatan Paru-Paru 2025–2030 akan dibawa ke peringkat global melalui Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada Mei ini, dengan sokongan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk diperluaskan kepada negara anggota lain.-BH Online