Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah atas kejayaan Perdana Menteri Anthony Albanese yang mempertahankan jawatan bagi penggal kedua dalam pilihan raya persekutuan Australia.

Perdana Menteri berkata, keputusan diumumkan dengan pantas pada malam pilihan raya menunjukkan keyakinan dan kejelasan rakyat Australia dalam membuat pilihan.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=3919061902&pi=t.aa~a.1654364369~i.2~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1746282635&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1391916%2Fanwar-ucap-tahniah-albanese-pertahan-jawatan-pm-australia-untuk&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1746282648589&bpp=2&bdt=1475&idt=2&shv=r20250430&mjsv=m202504290101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D998e01b7fd9672a6%3AT%3D1746160892%3ART%3D1746282648%3AS%3DALNI_MYQCiTzbraNP9Jv6_xTEH14e0KGvA&gpic=UID%3D000010b640a07f70%3AT%3D1746160892%3ART%3D1746282648%3AS%3DALNI_MbPsBT1quo2_pitsXlIhGRSYa6fnQ&eo_id_str=ID%3D28b5e49900759e39%3AT%3D1746160892%3ART%3D1746282648%3AS%3DAA-AfjZUC5WcBUPtQojpARXxsPLF&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=8375579196340&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=897&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95358863%2C95358865%2C95331832%2C95354563%2C95358976%2C95359091%2C95359240%2C31092146%2C95344787%2C95359119%2C95356807&oid=2&pvsid=6138636712130022&tmod=629249435&uas=3&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=7&uci=a!7&btvi=1&fsb=1&dtd=4

“Australia memainkan peranan penting di rantau Asia Pasifik. 

“Tumpuan kerajaan pimpinan Albanese terhadap Asia Tenggara sepanjang penggal pertamanya tidak luput daripada perhatian dan kami berharap semangat keterlibatan itu akan diteruskan.

“Ketika rantau kita berdepan cabaran dan perubahan baharu, kami menantikan kerjasama erat untuk mengekalkan kestabilan, memperkukuh ketahanan dan membentuk masa depan yang makmur bersama,” katanya menerusi hantaran di laman sosial hari ini.

Rakyat Australia mula mengundi hari ini menyaksikan pertandingan sengit antara parti haluan kiri dan konservatif.

Antara isu tumpuan termasuk kos sara hidup, kebimbangan iklim dan tarif melampau yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Pusat mengundi di Australia antara segelintir negara demokrasi yang mengamalkan pengundian wajib, dibuka pada jam 8 pagi.

Bagaimanapun, seramai lapan juta daripada keseluruhan 18 juta pengundi yang layak telah mengundi lebih awal sebelum hari ini. 

Pusat pengundian ditutup jam 6 petang.-BH Online