KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan membuka Pusat Sehenti Perkhidmatan Pekerja, sebagai pusat rujukan dan pemudah cara kepada golongan pekerja mendapatkan perkhidmatan berkaitan isu perburuhan.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata sebagai projek perintis, tiga pusat sehenti perkhidmatan pekerja itu akan ditubuhkan di Pulau Pinang, Lembah Klang dan Johor Bahru
Beliau berkata, penubuhan pusat sehenti di bawah satu bumbung itu selari dengan visi Perdana Menteri untuk reformasi tata kelola kerajaan.
“Sebagai permulaan, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Perhubungan Perusahaan, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, PERKESO, Myfuturejobs, HRD Corp dan Talent Corp akan dipertanggungjawabkan menyediakan khidmat mereka di pusat sehenti ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sambutan Hari Pekerja 2025 Peringkat Kebangsaan di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, hari ini yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sim berkata, KESUMA juga akan menggandakan usaha pada tahun ini demi mencapai misi strategik 3K iaitu Kebajikan, Kemahiran dan Keberhasilan pekerja.
“Matlamat reformasi pasaran buruh melalui misi strategik 3K itu akan terus dicapai melalui kerangka reformasi 4P iaitu perundangan, polisi, proses dan prasarana.
“Pada tahun ini juga, HRD Corp akan membenarkan majikan menggunakan levi mereka untuk menggaji pekerja kalangan siswazah.
“Langkah ini bukan sahaja memberikan insentif kepada majikan untuk mengambil siswazah bekerja, sekali gus memberikan peluang latihan kemahiran ‘on the job’ kepada siswazah, tetapi akan mengurangkan bebanan majikan,” katanya.
Selain itu, Steven berkata, Kerajaan MADANI memperuntukkan RM200 juta untuk melaksanakan Dasar Gaji Progresif selepas gaji penjawat awam dan gaji minimum dinaikkan.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=3931165298&pi=t.aa~a.1654364369~i.22~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1746091017&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1390927%2Fkesuma-rancang-buka-pusat-sehenti-perkhidmatan-pekerja&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1746091022151&bpp=3&bdt=4599&idt=3&shv=r20250428&mjsv=m202504240101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Dd73e4024c7329db7%3AT%3D1746090658%3ART%3D1746090658%3AS%3DALNI_MZW9UKMjQECgay8d0_fBGVZpxNb6w&gpic=UID%3D000010b5f13f283f%3AT%3D1746090658%3ART%3D1746090658%3AS%3DALNI_MY6H8weeTaG1pWtEBSeNjdUSkD3pQ&eo_id_str=ID%3D3ab1c2a0677f1ec0%3AT%3D1746090658%3ART%3D1746090658%3AS%3DAA-Afjas25Iao3MYUR3QgYWosWYb&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=7231621358299&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=1593&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=458&eid=95351336%2C95358862%2C95358864%2C31092098%2C95353387%2C95358976%2C95359239%2C31092056%2C95359119%2C95359475&oid=2&pvsid=870749907101392&tmod=1950627233&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=2&uci=a!2&btvi=1&fsb=1&dtd=1938
Beliau berkata, peruntukan itu bermatlamat memacu pertumbuhan gaji dengan lebih pantas, khususnya dalam kalangan pekerja di sektor perusahaan kecil dan sederhana (SME).
“Dijangka 50,000 pekerja akan mendapat manfaat peningkatan gaji itu. Setakat ini, hampir 5,000 pekerja yang menikmati gaji lebih tinggi melalui penyertaan dalam program ini,” katanya.
Pada masa sama, Steven berkata, bagi memastikan pekerja negara ini dilengkapi dengan kemahiran yang sepadan keperluan industri, KESUMA akan berusaha sesungguh (go all out) untuk menaiktaraf program-program latihan kemahiran.
“Sebagai contoh, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bekerjasama dengan Proton menaiktaraf Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka kepada Proton Institute of Advanced Automotive Tech dan juga bekerjasama dengan Huawei untuk menubuhkan Huawei Learning Centre di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL).
“Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 juga akan dipinda membolehkan pengiktirafan kemahiran menjangkaui Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 5 kepada Tahap Pakar, Tahap Pakar Kanan dan Tahap Pakar Perunding Kemahiran sekali gus menjadikan sektor latihan kemahiran lebih berdaya saing,” katanya.-BH Online