Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

SELAMA bertahun-tahun, kehamilan dianggap sebagai noktah kerjaya bagi ramai atlet wanita, namun paradigma itu kini mula berganjak apabila Majlis Sukan Negara (MSN) memperkenalkan inisiatif baharu yang membolehkan atlet hamil meneruskan latihan, selagi kesihatan mereka mengizinkan.

Langkah progresif tersebut diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menegaskan menjadi ibu tidak bermaksud mengakhiri impian sukan, selagi atlet itu sihat dan berdaya, mereka wajar terus aktif dalam latihan.

Lebih istimewa, kontrak baharu atlet wanita kini turut menawarkan faedah seperti cuti bersalin, cuti tahunan, cuti kecemasan dan cuti paterniti bagi atlet lelaki, sekali gus mencerminkan kepekaan kerajaan terhadap keperluan sebenar atlet dalam dunia moden.

Langkah itu membuka lembaran baharu kepada para atlet wanita yang sebelum ini tersepit antara kerjaya dan naluri keibuan.

Penembak negara, Nur Suryani Mohamed Taibi meluahkan rasa te­ruja dan lega dengan pengumuman inisiatif tersebut yang disifatkannya sebagai satu perkembangan­ besar dan telah sekian lama dinantikan oleh para atlet wanita tanah air.

Menurutnya, langkah tersebut bukan sahaja memberi kelegaan kepada atlet yang ingin terus aktif meskipun sedang hamil, malah membuktikan bahawa sistem sukan negara kini semakin memahami realiti dan keperluan sebenar atlet wanita yang mahu mengimbangi karier serta kehidupan peribadi.

Menyokong langkah tersebut, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut memperkenalkan Taska Team MAS di KL Sports City, iaitu pusat jagaan anak-anak atlet dan jurulatih yang dibuka seawal pukul 7 pagi bagi memudahkan urusan harian mereka.

Taska itu bukan sekadar kemudahan, malah simbol komitmen untuk membina ekosistem sukan yang inklusif, menyokong karier atlet tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Bagi bekas atlet lompat jauh negara, Noor Shahidatun Nadia, langkah tersebut mampu menjadi game-changer dalam memastikan kesinambungan bakat wanita dalam arena sukan.

“Ramai yang bersara awal sebab tak ada sokongan. Tapi sekarang, sistem sokongan dah ada. Atlet boleh kekal relevan dan menyumbang tanpa perlu mengorbankan fitrah sebagai wanita,” katanya.

Nadia yang lebih mesra disapa sebagai Kakya turut menyentuh aspek kesihatan ibu dan bayi de­ngan menjelaskan bahawa senaman yang dilakukan secara terkawal sepanjang tempoh kehamilan bukan sahaja selamat, malah terbukti dapat membantu melancarkan pro­ses kelahiran serta mempercepatkan pemulihan selepas bersalin.

Bagaimanapun, ia bukan sekadar soal sukan, tetapi juga isu hak dan kesaksamaan jantina iaitu atlet wanita berhak mendapat peluang sama tanpa didiskriminasi hanya kerana hamil.

Sistem sukan moden perlu menyedari bahawa kejayaan tidak datang dengan menolak wanita ke tepi, sebaliknya dengan mengangkat mereka bersama potensi luar biasa yang dimiliki.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=3931759053&adf=82028823&pi=t.aa~a.4074721216~i.39~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1746004788&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=6562029748&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.kosmo.com.my%2F2025%2F04%2F30%2Fkarier-atlet-hamil-tidak-lagi-tersisih%2F%3Ffbclid%3DIwZXh0bgNhZW0CMTEAAR7Qnfh5sNJqEKYCGdskLcdHas3tuBLB2wMELm38ZYBPy57TVaiVO6VfGiZRBw_aem_9PD0ZrqWM-Q2pakqHNku-A&fwr=1&pra=3&rh=342&rw=410&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1746006909032&bpp=1&bdt=998&idt=1&shv=r20250428&mjsv=m202504240101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Dfc72f4cbe3cf2310%3AT%3D1745997981%3ART%3D1746006909%3AS%3DALNI_MZGXLqCXAzJzSDbuA0EqX8oEbQ23Q&gpic=UID%3D000010151e3d5334%3AT%3D1745997981%3ART%3D1746006909%3AS%3DALNI_MbKX1sq17CNZ6l0YLXUQbLXcMoScQ&eo_id_str=ID%3D41df36b8b165a88b%3AT%3D1745997981%3ART%3D1746006909%3AS%3DAA-AfjaMBEpkr7grio4h4cxWjArz&prev_fmts=0x0%2C430x430%2C430x430&nras=4&correlator=623959007454&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=5805&biw=430&bih=845&scr_x=0&scr_y=22&eid=95358862%2C95358864%2C31092097%2C42532524%2C95353387%2C95354563%2C95357460%2C95358975%2C42533294%2C95359119%2C31089209%2C95356807&oid=2&psts=AOrYGsmLIhK8nNIBQD0FNNFnUjMe49khr95p6hsfIT-l7pJhVjJJH6xVzFatxl6_bSpDfsF1ZE50AoX5nR5qI7UzTCt9hxU&pvsid=2616224153377801&tmod=452934668&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C845%2C430%2C845&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&pgls=CAEaBTYuMC45~CAA.&ifi=13&uci=a!d&btvi=3&fsb=1&dtd=3774

Pengalaman dan kejayaan Nur Suryani membuktikan bahawa kehamilan bukanlah penghalang mutlak, sebaliknya hanya satu fasa dan jika sistem memberi ruang, wanita boleh bersinar di mana-mana pentas.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=3931759053&adf=4144172004&pi=t.aa~a.4074721216~i.41~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1746004788&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=6562029748&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.kosmo.com.my%2F2025%2F04%2F30%2Fkarier-atlet-hamil-tidak-lagi-tersisih%2F%3Ffbclid%3DIwZXh0bgNhZW0CMTEAAR7Qnfh5sNJqEKYCGdskLcdHas3tuBLB2wMELm38ZYBPy57TVaiVO6VfGiZRBw_aem_9PD0ZrqWM-Q2pakqHNku-A&fwr=1&pra=3&rh=342&rw=410&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1746006909035&bpp=1&bdt=1000&idt=1&shv=r20250428&mjsv=m202504240101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Dfc72f4cbe3cf2310%3AT%3D1745997981%3ART%3D1746006909%3AS%3DALNI_MZGXLqCXAzJzSDbuA0EqX8oEbQ23Q&gpic=UID%3D000010151e3d5334%3AT%3D1745997981%3ART%3D1746006909%3AS%3DALNI_MbKX1sq17CNZ6l0YLXUQbLXcMoScQ&eo_id_str=ID%3D41df36b8b165a88b%3AT%3D1745997981%3ART%3D1746006909%3AS%3DAA-AfjaMBEpkr7grio4h4cxWjArz&prev_fmts=0x0%2C430x430%2C430x430%2C430x430&nras=5&correlator=623959007454&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=5949&biw=430&bih=845&scr_x=0&scr_y=46&eid=95358862%2C95358864%2C31092097%2C42532524%2C95353387%2C95354563%2C95357460%2C95358975%2C42533294%2C95359119%2C31089209%2C95356807&oid=2&psts=AOrYGsmLIhK8nNIBQD0FNNFnUjMe49khr95p6hsfIT-l7pJhVjJJH6xVzFatxl6_bSpDfsF1ZE50AoX5nR5qI7UzTCt9hxU&pvsid=2616224153377801&tmod=452934668&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C845%2C430%2C845&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&pgls=CAEaBTYuMC45~CAA.&ifi=14&uci=a!e&btvi=4&fsb=1&dtd=4007

Kini, apabila dasar mesra wanita mula digerakkan, atlet wanita tidak lagi perlu memilih antara cita-cita atau keluarga kerana mereka boleh miliki kedua-duanya dengan bangga.

Inisiatif yang diperkenalkan memberi mesej jelas bahawa menjadi seorang ibu tidak menjadikan seseorang atlet itu lemah, sebalik­nya menambah satu lagi kekuatan dalam diri seorang atlet.

Malah, ia turut menjadi inspirasi buat atlet muda bahawa perjalanan mereka tidak perlu berakhir kerana kehamilan, sebaliknya boleh menjadi permulaan baharu yang lebih bermakna.

Menerusi sistem sokongan yang semakin kukuh, masa depan sukan wanita Malaysia dilihat lebih me­yakinkan apabila atlet wanita tidak lagi dipandang sebagai pilihan ke­dua, sebaliknya berdiri sei­ring di barisan hadapan, membawa bersama pengalaman, komitmen, dan kekuatan berganda sebagai seorang ibu.-BH ON Online