KUALA LUMPUR: Usahawan muda perlu mengorak langkah ke hadapan serta bersedia melaksanakan transformasi digital, serta menceburi pembangunan lestari atau model perniagaan yang inklusif.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ini kerana usahawan muda yang berdaya saing mempunyai kuasa untuk membentuk masa depan bukan sahaja demi Malaysia, tetapi keseluruhan rantau ASEAN.
Tambah beliau, usahawan muda adalah pemacu utama di sebalik pertumbuhan ekonomi negara dan peranan golongan ini akan menentukan sejauh mana kita mampu melangkah sebagai sebuah negara.
“Bertepatan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, kita perlu memanfaatkan kuasa belia dan memberi tumpuan kepada pembangunan yang inklusif dan lestari supaya dapat membina sebuah ASEAN yang lebih makmur, berdaya tahan dan adil untuk semua.
“Dalam hal ini, kita akan memastikan tiada sesiapa tercicir dan setiap anak muda tanpa mengira latar belakang atau keadaan, mempunyai peluang untuk menyumbang dan menikmati manfaat daripada pertumbuhan ekonomi.
“Jadi usahawan muda perlu memanfaatkan tenaga, idea dan perniagaan kerana kebolehupayaan golongan ini adalah kunci kepada ketahanan ekonomi negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pembukaan JCI Inspire Fest di Sunway Velocity Mall di sini, hari ini.
Turut dihadiri Pengerusi Penganjur JCI Inspire Fest, Friday Chua, dengan Media Prima Berhad (Media Prima) OMNIA menjadi Rakan Strategik Eksekutif Media bagi JCI Inspire Fest.
Pada majlis itu sijil penghargaan turut disampaikan kepada Media Prima Omnia yang diwakili Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaannya, Roche Chew.
Festival berlangsung tiga hari bermula hari ini dijayakan JCI Entrepreneur Metropolitan (JCI E-Metro) dan syarikat perancang acara, Radiant, didedikasikan untuk memperkasa belia tempatan melalui keusahawanan, kepimpinan dan inovasi lestari.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata belia dan usahawan muda juga perlu berusaha mengembangkan perniagaan kerana menjadi seorang usahawan tidak selalunya mudah.
Namun, katanya apa membezakan usahawan berjaya adalah keupayaan mereka untuk bertahan, menyesuaikan diri dan belajar daripada kegagalan.
“Setiap cabaran adalah satu peluang untuk berkembang dan setiap kegagalan adalah batu loncatan menuju kejayaan dan penting sekali untuk sentiasa berganding bahu menjadikan Malaysia hab perusahaan diterajui belia yang inklusif, lestari dan berdaya saing di peringkat global,” katanya.
Sementara itu, Chua berkata, JCI Inspire Fest diwujudkan atas keprihatinan berikutan ramai belia negara ini berbakat besar termasuk usahawan yang banyak memenangi anugerah dan menerima pengiktirafan di peringkat global, namun kurang mendapat perhatian di negara sendiri.
“Acara ini mengenai meraikan ketahanan dan inovasi anak muda Malaysia dan kisah kejayaan mereka mendepani pelbagai cabaran.
“Ini kerana cabaran sebenar bukan sekadar memulakan, tetapi bertahan dan meneruskan perjuangan di saat berdepan kesukaran. Itulah proses paling mencabar.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1983910584&adf=3899972605&pi=t.aa~a.1654364369~i.34~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1744981420&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F04%2F1386243%2Fusahawan-muda-kunci-kepada-ketahanan-ekonomi-negara-tengku-zafrul&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1744981422064&bpp=1&bdt=901&idt=1&shv=r20250417&mjsv=m202504150101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D6e714386a1f41f7b%3AT%3D1744981303%3ART%3D1744981303%3AS%3DALNI_MZzZsUXf0pbqzVnxX2rCgrEOrtdCQ&gpic=UID%3D000010a52a6fba43%3AT%3D1744981303%3ART%3D1744981303%3AS%3DALNI_MaCJmIRovNrCzkwFeTw8dqjECWSCA&eo_id_str=ID%3D786bca442ab8631e%3AT%3D1744981303%3ART%3D1744981303%3AS%3DAA-AfjZI_dStqVNAR3RRBzZzT9RR&prev_fmts=0x0%2C430x358&nras=3&correlator=79748819667&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=3006&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95357427%2C95355972%2C95355974%2C31091832%2C95353451%2C95357461%2C31091784%2C95357877%2C31090357%2C95357715&oid=2&pvsid=3658542215302378&tmod=1427707138&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=3&uci=a!3&btvi=2&fsb=1&dtd=177
“Anak muda sebenarnya dikurniakan pelbagai kreativiti dan idea yang mampu mencetuskan inovasi cemerlang. Misalnya dalam tempoh 30 tahun dari sekarang, dunia tidak akan bergantung teknologi dan inovasi sama,” katanya.-BH Online