Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PASIR GUDANG: Seramai 35 pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dihantar ke Myanmar dalam misi kemanusiaan selepas negara itu dilanda gempa bumi berukuran 7.9 skala Ritcher pada 28 Mac lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ia susulan persetujuan kerajaan untuk ATM menyediakan kemudahan hospital medan di Myanmar atas permohonan negara itu, baru-baru ini.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1983910584&adf=1103367320&pi=t.aa~a.1654364369~i.3~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1744549233&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F04%2F1383779%2Fmisi-kemanusiaan-35-pegawai-perubatan-atm-akan-dihantar-ke-myanmar&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1744549234229&bpp=2&bdt=926&idt=2&shv=r20250410&mjsv=m202504090101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D67bd03f43ac445f5%3AT%3D1744468814%3ART%3D1744548668%3AS%3DALNI_MbhSNkbDYXlaZM5HIlXkznMtg2zKg&gpic=UID%3D0000109bdea20bbf%3AT%3D1744468814%3ART%3D1744548668%3AS%3DALNI_MYKKxuJjpiqXocA15NmCWDw83vfEw&eo_id_str=ID%3De0cf1372786d255e%3AT%3D1744468814%3ART%3D1744548668%3AS%3DAA-AfjZAAquy1Y7UtXXYQGK-ggkL&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=417271230005&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=991&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95355972%2C95355974%2C95354564%2C95355311%2C31091664%2C95357877%2C95357716&oid=2&pvsid=2354468128501835&tmod=1244101228&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=2&uci=a!2&btvi=1&fsb=1&dtd=149

“Lokasi (hospital medan) akan ditentukan oleh Kerajaan Myanmar. Objektif operasi hospital medan itu ialah untuk menjalankan serta memberi rawatan ortopedik dan trauma, menyediakan pembedahan kecemasan untuk mangsa (gempa bumi) yang mengalami patah tulang dan sebagainya, supaya dapat mengurangkan risiko kecacatan pada mereka.

“Kita juga akan mengambil peluang untuk memberi kerjasama melatih pasukan perubatan Myanmar dalam soal ‘capacity building’ (pengukuhan keupayaan) dari sudut kesihatan.

“Kita akan menghantar 35 pegawai perubatan, namun tarikh penghantaran sedang ditentukan. Kita sudah bersedia sepenuhnya dan hanya menunggu kebenaran serta isyarat dari Myanmar di mana nak kita sediakan hospital medan itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Stesen Minyak BHPetrol Seri Alam, di sini, hari ini.

Semalam, kerajaan dilaporkan akan menghantar hospital medan dan bantuan kemanusiaan, termasuk pasukan perubatan, ke Myanmar susulan bencana gempa bumi itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, dipetik berkata negara itu memerlukan bantuan kerana ramai rakyatnya cedera dalam kejadian berkenaan.

Ditanya mengenai kapasiti pesakit boleh dirawat hospital medan itu nanti pula, Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, perkara berkenaan akan ditentukan kemudian.

Beliau menjelaskan, ia berikutan terdapat kerjasama dengan negara ASEAN lain yang turut dijangka menyediakan kemudahan hospital medan di Myanmar.

Mengulas soal keselamatan pegawai perubatan ATM terbabit memandangkan keadaan negara itu yang bergolak pula, Mohamed Khaled berkata, pihaknya sudah meminta jaminan keselamatan daripada Kerajaan Myanmar. 

“Diharapkan kita (hospital medan ATM) diletakkan dalam kawasan yang bukan saja selamat, malah diberikan jaminan keselamatan pegawai-pegawai perubatan kita.

“Saya difahamkan, Myanmar memang bersetuju melakukan gencatan senjata. Namun, walaupun ada gencatan senjata, kadangkala ia dicabul… sebab itu antara yang kita minta ialah jaminan keselamatan,” katanya.-BH Online