Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, hari ini.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, secara kebiasaannya, Ahad adalah waktu berehat namun baginda menjalankan tugas rasmi di pejabat di Istana Negara.

“Seawal jam 7 pagi, baginda menerima menghadap pegawai kanan Istana Negara sebelum menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata catatan itu.– BERNAMA