SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaannya untuk tidak campur tangan dalam sebarang keputusan membabitkan badan kehakiman.
Bagaimanapun, Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan mereka yang dilantik dalam badan itu berwibawa, bebas dan tidak terjerumus dengan kepentingan perniagaan serta rasuah.
“Jangan campur urusan badan kehakiman dalam membuat keputusan tetapi kita mahu pastikan yang dilantik ini cukup berwibawa, bebas dan tidak terjerumus dengan kepentingan perniagaan dan rasuah.
“Ini tanggungjawab kita dalam kerajaan sebab kita kena jawab dalam Parlimen dan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam di sini, hari ini.

“Saya tak campur dan ada beberapa proses lain kita bincang. Ini bukan bermakna Perdana Menteri, menteri betul atau pun hakim semua betul.
“Mesti ada pengawasan, mesti ada semak dan imbang, mesti ada badan-badan (yang meneliti dan memantau badan kehakiman), apakah dia membayar cukai, apakah ada unsur rasuah kerana perkara ini pernah berlaku secara meluas.
“Setiap perubahan itu harus dilakukan secara berhati-hati,” katanya.
Perdana Menteri berkata, kerajaannya hingga kini juga tidak pernah mencampuri sebarang kes dibicarakan di mahkamah, termasuk yang membabitkan golongan kenamaan.
“Saya nak tanya kes mana kita campur, keputusan mana saya cakap, bincang dengan hakim, tidak ada. Bagi kita, Perdana Menteri tak boleh kompromi dan tak boleh terbabit dengan apa-apa kes mahkamah,” katanya.-BH Online