Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

BAGAN SERAI: Rancangan pelaksanaan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah di Kerian kini sudah di peringkat akhir, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, penyaluran air yang antaranya bagi menyokong pembangunan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di Kerian, selain mengatasi masalah pengairan yang sering dihadapi penduduk daerah Kerian dapat diatasi dengan projek itu.

Katanya, perancangan projek baik pulih dan menambah keupayaan Sungai Perak menerusi Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) itu juga bertujuan menyalurkan air terawat yang diambil dari Sungai Perak ke Pulau Pinang.

“Ada usaha besar pentadbiran kita bagi menyelesaikan masalah bekalan air di sini, jadi kita sudah putuskan, sekarang peringkat akhir perancangan untuk kita baik pulih dan tambah keupayaan Sungai Perak dan buat saliran terus kepada saluran air di Bukit Merah, Kerian.

Pada Jun tahun lalu, Anwar ketika merasmikan Majlis Peluncuran Pelan Induk KIGIP, dilaporkan berkata kerajaan secara dasarnya bersetuju meluluskan peruntukan RM4 bilion serta menyokong pembangunan KIGIP.

Ketika itu, Anwar berkata, projek penyaluran air berkenaan harus dijadikan keutamaan memandangkan penumpuan rancangan pembangunan di KIGIP menekankan penggunaan tenaga hijau berikutan banyak pelabur luar begitu menekankan aspek penggunaan tenaga berkenaan.-BH Online