Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanser payudara tahap empat, Chai Pau Chin di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.

Sumbangan berupa wang tunai, limau mandarin dan bakul makanan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, serta Ahli Dewan Udangan Negeri Semambu Chan Chun Kuang, yang menziarahi Chai di kediamannya.

“Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban yang ditanggung dan membawa sedikit keceriaan kepada Chai serta keluarganya.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan kesembuhan dan kekuatan buat beliau dalam menempuh dugaan ini,” menurut hantaran semula di Facebook Perdana Menteri pada Khamis. – Bernama