Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan rakyat Malaysia untuk menjadikan Tahun Baharu China yang akan disambut esok, sebagai satu titik permulaan yang baharu dalam memperkukuh semangat kebersamaan.

Dalam ucapannya sempena perayaan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menekankan mengenai falsafah Confucius yang menyatakan betapa keharmonian menjamin kekuatan dalam semangat menyambut perayaan besar bagi kaum Cina.

Katanya, falsafah kenegaraan ini bertepatan dalam menjelmakan sebuah tatanan (sistem) yang madani.

“Ia menghargai kepelbagaian budaya dan tradisi sambil memupuk perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum.

“Justeru jadikan Tahun Baharu ini sebagai satu titik permulaan yang baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.

“Gong Xi Fa Cai kepada seluruh kaum Cina,” katanya dalam satu kenyataan, 

menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mengikut kalendar lunar, Tahun Baharu Cina disambut esok adalah Tahun Ular Kayu yang membawa harapan baharu termasuk semangat persaudaraan, kejayaan, dan pembaharuan.-BH Online