Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Pelaksananan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) akan diputuskan Kementerian Kesihatan (KKM), selepas maklum balas mengenainya diperoleh dalam sesi pemukiman pimpinan tertinggi kementerian itu, yang akan berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini di sini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata satu sesi libat urus dianjurkan pagi tadi, membabitkan lebih 1,000 pegawai dan pakar perubatan secara fizikal dan dalam talian, yang dapatannya akan dibawa ke pemukiman berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di sini, hari ini.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebelum ini menyuarakan kebimbangan pelaksanaan WBB untuk pekerja penjagaan kesihatan awam akan memburukkan lagi kekurangan tenaga kerja sedia ada, menyebabkan doktor dibebani tugas berlebihan dan menjejaskan kualiti penjagaan pesakit.

Sistem perintis itu dikatakan boleh menyebabkan kerugian pendapatan bagi pegawai perubatan dan pakar.

Di bawah sistem baharu ini, elaun ‘on-call’ pada hari bekerja tidak akan diberikan dan syif malam akan dianggap sebagai waktu kerja biasa dalam tempoh 45 jam seminggu.-BH Online