JOHOR BAHRU: Dua beradik calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang rumah mereka terbakar kelmarin, kembali bersemangat untuk menduduki peperiksaan penting susulan perhatian pelbagai pihak yang bersimpati.
Mohamad Lutfi Muqri Mohamad Farok, 18, berkata selepas kebakaran rumahnya di Jalan Ubi, Kampung Sri Jaya di sini, kira-kira 9 malam kelmarin itu, dia terlalu sedih mengenangkan bagaimana hendak menduduki peperiksaan SPM dengan tenang.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1983910584&adf=1103367320&pi=t.aa~a.1654364369~i.3~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1736083997&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F01%2F1345338%2Fdua-beradik-calon-spm-stpm-terima-bantuan-selepas-kediaman-terbakar&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1736083998749&bpp=2&bdt=827&idt=2&shv=r20241212&mjsv=m202412090101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D0b437b1dec4926b7%3AT%3D1735973882%3ART%3D1736074804%3AS%3DALNI_MZOv4cCTmeCH2sBs9uJuEcNSm2rQQ&gpic=UID%3D00000fd31c3db54c%3AT%3D1735973882%3ART%3D1736074804%3AS%3DALNI_MZZqR21Wfitr8g58-0dELud6ZXXIQ&eo_id_str=ID%3D41d25264e6588890%3AT%3D1735973882%3ART%3D1736074804%3AS%3DAA-AfjZ8MfyHmxMDcqzxUXKqtlr0&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=8404037259562&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=1024&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=31089323%2C31089447%2C95344791%2C31089472%2C95347433&oid=2&pvsid=3133495427379778&tmod=1256214772&uas=3&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=2&uci=a!2&btvi=1&fsb=1&dtd=4
“Alhamdulillah, semalam Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor beritahu akan bantu apa sahaja keperluan untuk lancarkan saya ambil SPM dan abang ambil STPM. Hari ini, kami dibawa berbelanja di Econsave pula, memang gembira dan terubat sedih.
“Dengan bantuan ini semua, Insya Allah saya lebih tenang fikir untuk jawab periksa selepas ini termasuk esok, kertas Bahasa Inggeris,” katanya ketika ditemui ketika dibawa membeli-belah barangan keperluan di Pasaraya Econsave Taman Teratai di sini, hari ini.
Kebakaran yang berlaku menyebabkan semua buku, nota dan peralatan peperiksaan Mohamad Lutfi Muqri dan abangnya yang juga calon STPM, Mohamad Akmal Muqri, 20, tidak sempat diselamatkan.
Sementara itu, Pengurus Econsave Taman Teratai, Azian Mohd Yusof, berkata pihaknya terpanggil menghulurkan bantuan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi meringankan beban keluarga dua beradik itu yang ditimpa musibah.
“Econsave berbesar hati menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,500 kepada keluarga yang kehilangan rumah akibat kebakaran ini. Mereka diberi kebebasan berbelanja di sini termasuklah untuk membeli pakaian sekolah, peralatan sekolah dan barangan keperluan harian lain.
“Semoga ia dapat meringankan beban kepada mangsa kebakaran ini dan mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya.-BH Online