Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Semua pegawai awam dinasihat tidak mengeluarkan kenyataan awam, kecuali yang telah diberi kuasa atau mandat untuk berbuat demikian bagi pihak kementerian atau jabatan.

Peringatan itu ditegaskan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menerusi kenyataan di media sosial Kementerian Kesihatan (KKM), Shamsul Azri mengingatkan perkara itu ketika Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri 2024.

“Pegawai awam tidak boleh secara lisan atau bertulis membuat pernyataan awam yang boleh memudaratkan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan tentang apa-apa isu, memalukan atau memburukkan nama kerajaan.

“Larangan berkaitan perkara ini dinyatakan secara jelas dalam Peraturan 19 (1) dan 19 (2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” ujar Shamsul.

Tegasnya, jika terdapat kesalahan atau pelanggaran terhadap peraturan yang sedang berkuat kuasa, tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada mereka yang terlibat.-Astro Awani