Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KLANG, 30 Disember- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah II (Selangor) berjaya mematahkan cubaan menyeludup barangan bernilai RM10.8 juta menerusi beberapa siri operasi berasingan di Pelabuhan Barat di sini dan sekitar Selangor dari Julai hingga November lalu.

Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Tengah Norlela Ismail berkata, rampasan terbesar itu melibatkan 3,000 kilogram tembakau sedut bernilai RM8.4 juta yang dikesan di Pelabuhan Klang pada 5 November lalu.

Turut dirampas, 728,972 batang rokok bernilai RM608,803 hasil serbuan di Kajang dan Bandar Sri Damansara.

Selain itu, JKDM menyita 300,000 kilogram e-waste bernilai RM1.65 juta serta 18,500 kilogram beras dari Pakistan bernilai RM169,400 yang diimport tanpa permit sah.

Kesemua kes disiasat bawah Akta Kastam 1967. JKDM menegaskan komitmennya untuk terus membanteras penyeludupan yang mengancam keselamatan negara dan menjejaskan hasil ekonomi.-Berita RTM