Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

GAZA, 28 Disember- Pesakit dari Hospital Kamal Adwan, Gaza, telah ditinggalkan dalam keadaan sejuk sebelum dipindahkan ke hospital lain hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, tentera Israel yang menyerang Hospital Kamal Adwan mengarahkan puluhan pesakit dan ratusan yang lain meninggalkan hospital, sebelum hospital tersebut dibakar.

“Tentera Israel turut menahan Pengarah Hospital Kamal Adwan, Abu Safiya, dan puluhan kakitangannya,” menurut kenyataan itu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Youssef Abu El-Rish, berkata tentera Israel telah membakar jabatan pembedahan, makmal, dan sebuah gudang.

Hospital Kamal Adwan telah berulang kali diserang oleh tentera Israel dalam beberapa minggu kebelakangan ini. – AFP