Kuching: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkenalkan semula zon khas penjualan barang kawalan tanpa subsidi di sempadan dan pulau berdekatan sempadan bagi menangani isu ketirisan barang kawalan.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebelum ini projek perintis zon khas penjualan barang kawalan tanpa subsidi dilaksanakan di Pulau Sebatik di Tawau, Sabah.
Menerusi program perintis itu katanya, tong gas memasak tanpa subsidi berwarna ungu dijual di zon khas dan pada peringkat awal penjualannya cukup laris apabila ramai rakyat Indonesia membelinya.
“Bagaimanapun, isu berbangkit apabila rakyat kita sendiri yang mendapat bekalan barangan itu dari luar Pulau Sebatik menjualnya pula secara haram kepada rakyat Indonesia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penguatkuasaan Menangani Isu Ketirisan Barang Kawalan Di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, di sini, hari ini.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil daripada pelbagai kementerian dan agensi berkaitan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Pertahanan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Turut serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia (IMI) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Turut diadakan Majlis Menandatangani Aku Janji Kita Gempur Harga Barang di Sabah dan Sarawak membabitkan 11 syarikat minyak di Malaysia.
Mengulas lanjut, Armizan berkata berikutan kegagalan program perintis di Pulau Sebatik itu, berapa penambahbaikan dilaksanakan untuk pelaksanaan program berkenaan di semua kawasan berdekatan sempadan di seluruh negara.
Antaranya KPDN akan melaksanakan program pengedaran barang perlu secara lebih bersasar dan penjualan akan dibuat berdasarkan data isi rumah.
Menurutnya, dengan cara itu hanya penduduk yang berdaftar di kawasan tertentu sahaja yang dibenarkan membeli barang kawalan tanpa subsidi.
“Maksudnya isi rumah itu hanya yang berdaftar di kawasan itu sahaja yang dibenarkan membuat pembelian barang kawalan tanpa subsidi.
“Sebelum ini di pusat jualan, sesiapa sahaja boleh membuat pembelian, asal ads barang boleh beli malah kadang-kadang seorang boleh beli setiap hari atau dua tiga kali sehari, tetapi menerusi data isi rumah kita akan memantau melalui kad pembelian yang dibekalkan kepada setiap isi rumah,” katanya.
Menurutnya lagi, menerusi pendekatan itu, pembeli tidak boleh mendapatkan barangan kawalan tanpa subsidi secara berlebihan dengan tujuan untuk dijual semula,” katanya.
Selain mengaktifkan semula zon khas, mesyuarat itu juga memuktamadkan beberapa strategi dan pendekatan untuk membendung ketirisan barang kawalan antaranya memperkasa penyelarasan tugas penguatkuasaan berkaitan barang kawalan di semua pintu sempadan di negeri Sabah dan Sarawak melalui Sekretariat OPS Tiris sedia ada di bawah kelolaan KPDN.
“Penyelarasan tugas yang lebih strategik dan sistematik juga akan dilaksanakan sehingga pelaksanaan sepenuhnya MCBA selaku agensi tunggal yang akan mengawal selia sempadan negara mulai Februari tahun depan,” katanya.
Armizan berkata, mesyuarat itu juga memutuskan untuk memperkemas mekanisme penguatkuasaan di semua pintu sempadan melalui arahan penurunan kuasa penguatkuasaan KPDN kepada agensi-agensi yang beroperasi di pintu
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&us_privacy=1—&gpp_sid=-1&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1922524403&adf=2338855247&pi=t.aa~a.1654364369~i.37~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1734163149&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=4372703827&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.hmetro.com.my%2Fmutakhir%2F2024%2F12%2F1166086%2Fkpdn-perkenal-semula-zon-khas-di-sempadan-pulau&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1734163150545&bpp=1&bdt=1086&idt=0&shv=r20241212&mjsv=m202412090101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D93197b8d47910baa%3AT%3D1734162931%3ART%3D1734162931%3AS%3DALNI_MY1VJGpbHstSG4jfij-kBSWIadMIg&gpic=UID%3D00000f8fa48cd3f3%3AT%3D1734162931%3ART%3D1734162931%3AS%3DALNI_MZ6Mhtkkwg7EpnYVrPmYJQZwaVD5A&eo_id_str=ID%3D79515d61ab916049%3AT%3D1734162931%3ART%3D1734162931%3AS%3DAA-Afjasja-xA5i21hZrfMGPn9db&prev_fmts=0x0%2C430x358&nras=3&correlator=1015261012010&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=3344&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=31088670%2C31089329%2C31089339%2C95335245%2C95345966%2C95347432&oid=2&pvsid=4265488271825386&tmod=201858161&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=3&uci=a!3&btvi=2&fsb=1&dtd=10
masuk dan perairan supaya isu ketirisan dapat ditangani dengan lebih cepat dan berkesan.
Turut diperkukuhkan, kerjasama bersepadu melalui sokongan aset, logistik dan sumber manusia di kalangan agensi berkaitan dalam pelaksanaan operasi penguatkuasaan KPDN seperti perkongsian ruang penyimpanan ekshibit dan bantuan keselamatan petugas.
“Kita juga akan meningkatkan pemantauan ke atas aktiviti bunkering melalui perkongsian data senarai pemegang lesen dan penyediaan pelabelan khas pada vesel atau kapal yang terlibat dalam aktiviti bunkering serta menambah baik mekanisme dan sistem pengurusan skim subsidi diesel dan petrol nelayan untuk mengekang ketirisan.
“Menguatkuasakan secara tegas tindakan gantung dan batal lesen bagi Barang Kawalan Berjadual (CSA) serta mengambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 ke atas mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi,” katanya.
Menurutnya lagi, pihaknya juga akan melaksanakan pemantauan berkala melalui mekanisme rekod log pemantauan di kesemua 466 stesen minyak di negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 15 Disember 2024 secara berperingkat.
“Kita juga menyarankan agar kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan yang bersesuaian ke atas jeti-jeti dan pangkalan haram yang menjadi antara lokasi penyumbang kepada ketirisan barang kawalan.
“Menambah baik keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan permit barang kawalan dengan pengenalan dan pelaksanaan permit bercirikan Kod QR,” katanya.-MyMetro Online