Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pada 27hb November 2024, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah mengadakan mesyuarat dan mencapai beberapa ketetapan penting:

  1. Sambutan 50 Tahun Barisan Nasional:

BN akan menganjurkan sambutan ulang tahun ke-50 pada 7 Disember (Ahad) di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur. Pelbagai acara telah dirancang, dan kira-kira 5,000 pemimpin akar umbi BN dari seluruh negara dijangka hadir.

  1. Persiapan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17:

Mesyuarat membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 yang boleh diadakan pada bila-bila masa sebelum Oktober 2025.

Barisan Nasional akan sentiasa memantau perkembangan semasa politik Sabah dalam memastikan gerak kerja dan perancangan menghadapi PRN berkenaan akan dapat mengukuhkan kedudukan parti di negeri berkenaan- MP