KUALA LUMPUR: Pembayaran royalti kepada negeri pembangkang adalah jauh lebih tinggi daripada yang diambil oleh Kerajaan Pusat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, angka royalti kepada Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.
“Dan kalau kita kumpulkan, lebih tinggi daripada jumlah royalti yang kita ambil. Tapi fakta itu, kadang-kadang tidak sampai di bawah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi TownHall pada Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Refomasi Perkhidmatan Awam 2024, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Turut hadir pada sesi townhall itu Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.-BH Online