Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Fakhrunniam Othman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) baharu.

Fakhrunniam,57, kini merupakan pengarah bahagian kumpulan bahagian logistik dan sokongan FGV, jawatan yang disandangnya sejak 1 Januari 2023.

Kerjayanya menjangkau lebih 31 tahun yang bermula dengan Caltex Oils Malaysia Ltd pada 1992. 

Beliau juga mempunyai pengalaman luas dengan Kumpulan FGV sejak menyertai sebagai akauntan dengan Felda Holdings Bhd (FHB) pada 2000.

Berikutan giliran kerja, peluasan tanggungjawab dan penilaian prestasi di FHB, Fakhrunniam dilantik sebagai Pengurus Besar pada 2004 dan pengurus besar kanan jabatan kewangan pada 2006.

Dari 2008 hingga 2011, beliau telah ditugaskan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan setiausaha syarikat untuk firma Amerika Syarikat (AS), Twin Rivers Technologies (TRT) Inc, yang telah memberikannya pendedahan global yang ketara dalam pelaburan, minyak dan lemak serta bidang oleokimia.

Sekembalinya ke FGV, Fakhrunniam menyertai bahagian strategi kumpulan itu sebagai Naib Presiden dan telah mengambil bahagian dalam penyenaraian FGV.

Dari 2013 hingga 2016, beliau juga merupakan CEO FGV Marketing Services Sdn Bhd, FGV Trading Sdn Bhd dan FGV Transport Sdn Bhd. 

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Strategi pada 2017, dan Ketua Pegawai Pelaburan (2019-2022) dengan penugasan sementara sebagai pemangku CEO MSM Holdings Bhd pada September 2020.

Fakhrunniam memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam pengurusan am dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia.

Beliau ialah seorang akauntan bertauliah, berkelulusan dari Association of Chartered Certified Accountant (ACCA), UK dan merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia.-BH Online