IPOH, Rumah flat di Jalan Hospital di sini bakal berwajah baharu selepas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan kira-kira RM600,000 bagi tujuan mengecat semula dua blok rumah pangsa berkenaan.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata proses perolehan tender telah selesai dan kerja-kerja menaiktaraf tersebut akan bermula minggu depan.
Berdasarkan perjanjian kontrak, projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada 29 Disember depan.
“Saya harap ini merupakan satu lagi hadiah istimewa kepada penduduk-penduduk di flat tempat kepayang di mana sini lebih kurang 1,000 lebih rumah yang kita lihat memang banyak blok yang telah usang sudah sampai masa dia berwajah baharu”, katanya demikian selepas merasmikan Pusat Komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Hospital di sini.
Jelas beliau, kerja-kerja mengecat itu bagi memberi keselesaan kepada penghuni rumah flat tersebut yang terletak di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).-Berita RTM