Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

DUBAI: Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar, ketua arkitek serangan Palestin pada 7 Oktober 2023 ke atas Israel yang mencetuskan perang Gaza, disahkan terbunuh dalam pertempuran.

Timbalan Ketua Hamas dan Ketua Kumpulan Perunding, Khalil Al-Hayya, berkata kematian Sinwar, memberi tamparan hebat kepada kumpulan pejuang itu yang menghadapi serangan udara tanpa henti sejak ia menyerang Israel, Oktober 2023.

Sinwar akan dikenang sebagai pejuang yang kejam oleh musuh Hamas dan tentera Israel- yang pernah memenjarakannya selama bertahun-tahun. 

Sinwar dinamakan Ketua Utama kumpulan itu pada 6 Ogos lalu sebagai pengganti kepada bekas ketua politik, Ismail Haniyeh, yang dibunuh di Tehran pada 31 Julai lalu. Sinwar sejak sekian lama menjadi sasaran Israel yang memburu dan mahu membunuhnya sejak permulaan perang.

Dilahirkan di kem pelarian di bandar selatan Gaza Khan Younis, Sinwar, 62, dipilih sebagai ketua Hamas di Gaza pada 2017.

Pemimpin kontroversi itu menghabiskan separuh umur dewasanya di penjara Israel, adalah pemimpin Hamas paling berkuasa ketika hayatnya selepas pembunuhan Haniyeh.-BH Online