Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Lima negeri menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran untuk Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 yang dikemukakan antara Januari hingga Jun 2024.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, dalam kenyataan berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 mengenai Kerajaan dan Agensi Negeri yang dibentangkan di Parlimen, hari ini berkata, lima negeri berkenaan adalah Johor, Pahang, Perak, Sarawak, dan Sabah.

Beliau berkata, jumlah berkenaan adalah daripada keseluruhan 13 Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang dikemukakan.null

“Lapan negeri iaitu Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran dengan Perenggan Hal-hal Lain,” katanya.

Ketua Audit Negara mengemukakan 260 syor untuk dipertimbang pelaksanaannya oleh kementerian, jabatan, agensi serta syarikat kerajaan negeri. – BERNAMA