Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

VIENTIANE: Malaysia hari ini menerima tugas sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025, daripada Laos.

Upacara simbolik serahan tugas dibuat Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) di sini.

Pada majlis sama, Malaysia buat kali pertama turut memperkenalkan logo ASEAN Malaysia 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Logo berkenaan memaparkan lambang ASEAN dalam kitaran berbentuk bunga raya, dengan warna yang mewakili warna utama bendera semua negara anggota ASEAN.

Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sepanjang sejarah keanggotaan dalam blok serantau itu iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.