Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji Kadar Sara Diri (SSR) Daging menangani kekurangan bekalan makanan berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata jawatankuasa terbabit akan diketuai Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Seri Isham Ishak.

“SSR daging masih di tahap bawah 20 peratus dan bagi memastikan perancangan mencukupkan bekalan daging seperti dirancang dalam Dasar Agromakanan 

Negara 2021-2030 (DAN 2.0), satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi melihat perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di sini, hari ini.-BH Online