Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini, disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun mempunyai jadual yang padat, Perdana Menteri sempat meninjau persiapan kakitangan Kementerian Kewangan (MOF) menyiapkan Belanjawan MADANI Ketiga.

Beliau berkata, Belanjawan 2018 itu juga dijanjikan lebih gah serta saksama.

“Insya-Allah, dengan pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini, Malaysia akan mara satu langkah lagi menuju wawasan kerangka Ekonomi MADANI yang gah lagi saksama.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerajaan yang bertungkus-lumus menyiapkan Belanjawan yang terangkum untuk meningkatkan darjat rakyat dan pembangunan negara,” katanya dalam Facebook hari ini. 

Belanjawan 2025 mengetengahkan tema Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera akan dipacu oleh pendekatan Ekonomi Madani.

Langkah itu disokong dengan tumpuan terhadap aspek penanda aras disasarkan dalam kerangka Ekonomi Madani, termasuk membolehkan Malaysia menjadi ekonomi utama di Asia Tenggara.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, perencanaan belanjawan berkenaan tidak akan lari daripada hala tuju ekonomi negara seperti yang diumumkan sebelum ini, termasuk Pelan Perindustrian Baharu Negara (NIMP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), serta Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).-BH Online