Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 24 September – Seramai 48,000 veteran telah menerima bantuan menerusi Tabung Pahlawan sejak 1950, melibatkan bantuan sara hidup, bencana alam, kemudahan kesihatan, dan pengurusan jenazah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tabung itu menyasarkan kira-kira 300,000 veteran ATM dan tanggungan mereka yang memerlukan bantuan.

“Tabung Pahlawan merupakan dana khas untuk kebajikan veteran ATM yang memerlukan sokongan tambahan di luar bantuan kerajaan,” katanya pada Majlis Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan di Wisma Perwira ATM, di ibu negara.

Tambah Mohamed Khaled, sebahagian besar penerima bantuan adalah veteran yang daif, berpendapatan rendah dan tidak mampu menguruskan diri.-Berita RTM