KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh terhadap kes dakwaan jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).
Seri Paduka bertitah, baginda memandang serius terhadap isu berkenaan.
Selain itu, titah baginda, semua pihak juga dinasihat tidak mengeluarkan kenyataan mahupun pandangan melampau berkaitan isu agama. – BERNAMA