Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Malaysia 2024 yang dijadualkan berlangsung di Padang Merdeka di sini, esok, cukup istimewa terutama dengan persembahan menarik yang bakal disajikan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Berdasarkan raptai penuh malam tadi, Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 berkata, beberapa perkara sedang ditambah baik untuk persembahan pada majlis sambutan itu, termasuk dari aspek teknikal.

“Saya rasa sambutan ini akan menjadi cukup istimewa. Beberapa isu termasuk audio akan dapat ditangani dengan baik selepas menerima maklum balas, terutama daripada peserta,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh berkenaan.null

Beliau berkata, sambutan Hari Malaysia setiap tahun adalah berbeza dengan keunikan tersendiri.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew, pula berkata orang ramai dijemput hadir ke Padang Merdeka untuk bersama-sama menyemarakkan Sambutan Hari Malaysia 2024. – BERNAMA