Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

SHANGHAI, China : Malaysia meraih potensi pelaburan baharu berjumlah RM4 bilion dari China untuk industri halal.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, komitmen pelaburan itu diraih hasil pertemuan serta mesyuarat beliau dan delegasi Malaysia bersama pemain industri halal China hari ini.

Beliau berkata, pelaburan yang bakal diterima daripada 40 syarikat China itu merangkumi pelbagai sektor termasuk perubatan herba, makanan dan minuman, vaksin, kosmetik dan farmaseutikal.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia berkata demikian pada sidang media di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia dalam rundingan meja bulat itu pagi ini, yang turut membabitkan penyertaan lebih 30 syarikat dari China.

Sementara China pula diketuai Pengerusi Kumpulan China Silk Road, Yan Lijin.

Sesi meja bulat itu berlangsung lebih satu jam, turut disertai Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Pengerusi Halal Development Corporation Bhd (HDC), Khairul Azwan Harun.