Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kluang: Ayah kepada calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Mahkota, Syed Hussein Syed Abdullah, ditidurkan awal pagi tadi.

Dalam hantaran dimuat naik oleh Syed Hussein yang juga Ketua Pemuda Umno Kluang di Facebook itu, keputusan itu selepas mendapat syor daripada doktor.

“Assalamualaikum wbt. Saya mohon doa kepada semua sahabat saya agar mendoakan ayah saya Syed Abdullah agar diberi kekuatan

“Kerana ketika ini beliau disyorkan oleh pihak doktor untuk ditidurkan. Tiada apa yang mampu saya mohon selain doa semua sahabat,” katanya.

Dalam pada itu, status Syed Hussein itu dihujani ucapan dan doa daripada orang ramai. 

Bagaimanapun, Syed Hussein gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut. 

Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) mengumumkan Syed Hussein, 40, sebagai calon PRK Dun Mahkota, pada 28 September depan.-Harian Metro Online