Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kuala Lumpur: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa mana-mana kontraktor makanan yang tidak bertanggungjawab dalam mengendalikan dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) wajib disenaraihitamkan. 

Beliau dalam hantaran di Faceboook berkata, situasi itu dapat dilihat apabila kontrak pengendali hampir tamat sehingga ada yang dengan sengaja melakukan kerja sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh.

“Saya tak boleh terima sikap segelintir kontraktor makanan dewan selera MRSM yang buat sambil lewa dan cincai bila tahu kontrak bakal tamat.

“Syarikat seperti ini wajib disenaraihitamkan oleh Mara!,” tegasnya.

Dalam hantaran sama, beliau turut menegaskan, aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pelajar tidak boleh dikompromi.

“Ini soal keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan anak-anak pelajar. Tidak boleh dikompromi sama sekali.

“Apakah tidak ada sekelumit rasa gerun dengan setiap sen yang diperolehi daripada sikap kecurangan yang bukan sahaja mengundang kemurkaan Allah tetapi membabitkan hak ratusan manusia yang teraniaya. Akhirnya rezeki tiada barakah dan membawa kepada malapetaka,” katanya menurut hantaran itu.-Harian Metro Online