Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Putrajaya: Jemaah Menteri memutuskan supaya Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, dibentangkan di Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Jemaah Menteri mahu supaya laporan serta syor dikemukan, dibahaskan di Parlimen. 

“Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sudah dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam oleh Pengerusi Suruhanjaya, Tun Md Raus Sharif. 

“Jemaah Menteri amat prihatin terhadap isu kedaulatan negara dan membuat keputusan supaya Laporan Suruhanjaya ini dibentangkan di Parlimen dan syor-syor yang dikemukakan dibahaskan di Parlimen,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.-Harian Metro Online